Wednesday, 15 April 2015

Luah ke?

Blog bukan luahan, Tuhan yang perlu jadi hamparan

 cuma, mungkin sesetengah mereka jadi begini bila takdak orang yang boleh percaya .
actually ada, tapi mungkin memang takde mood nak bagitau . Macam tetiba pulak Eheh

Alhamdulillah along the journey yang pelbagai duri dan sampah sarap plastik gula2 daim 
jasad itu masih mampu berdiri .
Dugaan yang datang satu persatu macam meteor buatkan hati batu tu cair macam sodium bikarbonat ,ceh.

Baru-baru ni aku dan mereka menerima kunjungan ,
bukan kunjungan la lebih kepada menjemput kot seseorang yang memberi suntikan kepada ummah ,moga usaha dia diberkati 
Lillahitaala .
Ha aritu aku dan mereka melalui fasa2 perubahan ,program rohani yang cliche nye orang akan cakap pasal hijrah dan pengorbanan.
Cliche2 itu lah yang selalu diabaikan , sedih dengan diri sendiri .

Cara penyampaian bersahaja oleh manusia berconverse itu, banyak jugak input dan analogi yang diterima baik oleh sereblum dan medula oblongata 
syukur jika sedar,

tanda masih punya iman.

Aku suka slot Hubb ,iaitu cinta cinta pada siapa?

bagaimana tangga menuju Jannah itu dapat terbentuk melalui cinta?

dengan terms yang mudah seperti HaKhaDa,

Hamba, Khalifah dan daie

amende pulok ?

malas terang pepanjang , takut menyeleweng pulak huhhh

Hamba ,siapa hamba? 
kita ni hamba pada siapa?

Allah , Dia yang mencipta bila kita menjaga hubungan dengannya 
beribadat semua diambil kira dan segala yang Dia reda,

tangga untuk membentuk jalan syurga itu akan ke next level .

Berkaitan Khalifah pula ,hubungan antara manusia huhu
ni yang aku nak sentuh ni
isu sensitip betul .

mengaku lah ,mesti banyak dosa dengan manusia kan, aku tak nafi dan tak admit
kira tengah2 la
tapi yang pastinya banyak gak cis
*ayat keling

erghh tak kisahlah sekarang ni hubungan dengan manusia .
ghibah? tipu kalau tak pernah buat
ghibah tu buat ketupat, tahu dok?

mengumpat ,
I bet for sure tak dak siapa yang pernah lepaih hampa toksah tipu

berkisah pasal manusia, hanya Tuhan yang tahu
tak semua macam yang kita expect,
kita takkan tahu hati mereka walau luaran tergambar kerana Allah je tahu keseluruhan/
ada masa kau akan rasa annoying dan nak tumbuk2 lembut je atau,

kau akan terasa dengan kata2 mereka yang keluar tu,
 ye aku rasa dan aku cuba sabar.

Tapi itu tak cukup bila kita tinggalkan reda .

Beza sangat sabar dengan reda tu huhu takpe laen kali aku ulaskan.
Entah, sebab sekarang memang aku rasa perubahan diri, bukan macam dulu
tapi hubungan manusia ada kalanya terbabas!

macam mana nak naik next step ;"(
senang kata mereka manusia kita juga tak terlepas dari dosa .

tapi ingat masing2 ada peranan,
 jangan rasa sebab kau memang tak tahu jaga hati orang lain,
kau langgar semua bende
 .
Fahami mereka, tak faham pun takpe tapi point dia mesti faham cara yang dianjurkan islam ,
cemana nak handle dengan manusia
apa adab dan sebagainya 

jaga,jaga,jaga

dan last nya daie, iaitu amal kebaikan dan segala sifat mahmudah
Kita ni daie dan mad'u 
mesti sedia ditarbiyah dan mertarbiyah .

Jadi muslih dan muslihah 
mebuat sesuatu kebaikan dalam masa yang sama ajak mereka lain turut serta.

sebenarnya taktahu  apa yang dok taip ni, memang macam luahan kut huhuhh


Tapi jujur, kita tak perlu keseronokn dunia jika ada sahabat yang membuatkan kita sentiasa ingat Pencipta,
sebab dekat dengan mereka pun dah beshh rasa kemanisan iman bila disandarkan kerana Allah semata-mata persahabatn itu .

Akhir kata semoga sentiasa berbaik sangka *husnudzon dengan makhluk dan lebih utama kepada Pencipta,

Dia tahu apa yang terbaik.

Rabbuna yusahhilna


@El_Fatiyha

[11:24] [15:4:15]


No comments:

Post a Comment