Mus'ad maksudnya orang yang gembira.
First jumpa nama ni saya dah cop okeh untuk nama anak hukhuk saja merepek,
Jika ada ketentuan adalah kan insyaAllah.
Siapa bila dimana, i really doesnt like to interrupt .
Ya Allah yusahhilna ala kulli hal .;D
DIA ALASANNYA
Tahun 2003 ,
“Ayah nak ambil kakak , Ashfa nak ikut ?
Tanpa banyak soal aku menganggukkan kepala tanda setuju.
Sudah sekian lama jika mahu kemana-mana ayah akan mengajakku.
Aku mempunyai 3 orang
adik-beradik .Sulung abangku ,aku yang kedua dan terakhir adik lelaki ku yang
bongsu. Kami sekeluarga bukanlah golongan berada tapi oleh kerana kedua ibu
bapaku bekerja sebagai guru, sedikit sebanyak membuatkan kami hidup selesa.
Ayah dan ibu mengusahakan sebuah taska ,itupun kerana tiada siapa mahu menjaga
kami bertiga ketika mereka keluar bekerja. Alang-alang begitu ,ayah dan ibu
meneruskan idea untuk mengusahakan sebuah taska penjagaan kanak-kanak.
Sekaligus menolong rakan sekerja mereka .
Hari itu, dengan
tergesa-gesa aku bersiap mahu mengekori ayah . “Tak payah pakai tudung lah
,bukannya keluar kereta” , Getus hati kecilku .
Aku berumur 7 tahun dan ketika itu sesi persekolahan telah
masuk bulan kedua. Ayah mahu setiap anaknya mendapat pendidikan agama yang
cukup ,bukan kerana mahu lepas tangan tetapi inisiatif ayah dan ibu untuk
mendedahkan kami kepada agama sejak dari kecil lagi semasa ketiadaan mereka.
Rasulullah pernah bersabda
“anak-anak itu ibarat
kain putih, ibu bapalah yang akan mencorak sama ada menjadi yahudi ,nasrani
atau majusi.
Mendedahkan agama kepada anak-anak adalah tanggungjawab
wajib bagi ibu bapa dalam islam.
Ya iman itu tidak dapat diwarisi tapi perlunya
ada usaha yang diterapkan kepada anak-anak supaya mereka mengenali fitrah
kejadian,
“Ha kita sudah sampai” ayah memberitahu sebaik sahaja
memberhentikan kereta.
Sepertinya macam pernah dikunjungi . Ah perasaan ku sahaja
barangkali.
Kami menunggu kakak pengasuh meletakkan barang didalam
kereta , sedang asyik menunggu aku terlihat suatu kelibat yang tidak asing
lagi. Baru aku sedar aku dirumahnya.
“Eh tu Haris, apa dia buat kat sini malu nya kalau dia
nampak aku tak tutup aurat. Mesti dia bagitahu satu kelas nanti “ Aku gelisah.
Mana mungkin aku mahu Haris melihatku dalam keadaan tidak mengenakan hijab.
Sekolah agama kot.
“Aku baru darjah satu, bukan dosa pun ,eh tapi ustazah dah
tegur ustazah marah,kalau Haris nampak pun mesti dia ejek aku”
Hati aku berperang kecil, antara batil yang mahu menafikan
haq. Ah diri aku tak kuat!
Tanpa ragu-ragu aku pura-pura tidur. Biarlah mereka lihat ku
dalam keadaan tidur,buat-buat tak tahu saja.
Aku dapat merasakan kehadiran kakak dengan keluarganya,
“Ada Ashfa, sian dia tidur dibelakang” kakak memberitahu
ayah.
“BIla pulak dia tidur,saya rasa mulut dia sahaja yang bising
masa sampai dirumah kamu” ayah menimbulkan persoalan.
Aku yang sedang pura-pura tidur ,berbicara hati agar tak
perlu mereka mempersoalkan keadaanku. Aku harap ayah cepat-cepat memandu keluar
dari perkarangan rumah itu. Biarlah Haris sudah nampak pun,mungkin dia akan
anggap aku sudah keletihan sehingga tidak sedar tudung dibuka. Hadui dangkalnya
aku rasa waktu itu.
Kereta perlahan-lahan menjarak
dari kawasan itu, aku merasa lega
Misi aku berjaya Yes!
Kring’ kring loceng berbunyi tanda waktu telah tamat.
Aku menunggu ayah menambilku di luar pagar sekolah ,ada juga
rakan-rakan ku yang turut serta .
“Ashfa ,kamu ingat tak ustazah pesan tadi di kelas ‘?
Farihah menegurku.
Aku mengangguk.ya harini ustazah berkongsi kisah mengenai
aurat lelaki dan wanita. Tersentak juga aku ketika itu,
“Kalau tak pakai tudung masuk neraka.rasanya kamu selalu tak
pakai tudung kan keluar’? sesuka hati Farihah berbicara,tidak sayang mulut
agaknya.
Merah padam mukaku diterjah begitu, ah dia ingat dia baik
laksana malaikat ? *sabar Ashfa
Sejak dari kejadian itu, aku berubah .Aku memakai tudung
setiap kali keluar dari rumah. Aku malu mereka melihatku jika terdedah,aku
takut ustazah marah.
Ya kerana manusia.
Perkara itu berlanjutan sehingga aku meneruskan hidup di
sekolah menengah.
Aku diterima masuk ke sebuah sekolah yang sangat disegani
kerana telah melahirkan para ilmuwan . Hendak diterima pun perlu ditemu duga
,
Alhamdulillah tak sangka juga aku lulus. Sebuah madrasah.
Pelajar muslimat perlu tudung bulat labuh . Pelajar
musliminnya pula berkopiah putih bersih,suasana yang amat damai.
Aku merasa biasa, tudung labuh bersarung lengan bukanlah
sesuatu yang asing ,tapi jauh dalam dasar hati aku mempersoal apa sebab aku
bertudung adakah sebab aku masih bimbang ustazah menegurku ,atau Farihah
menempelak ku semula?
Tahun berganti tahun,
“woi asal kau jalan kengkang eh tomboy ah kau”
“Dah tu ko nak aku jalan catwalk ke doe, lagi teruk!”
Terdiam mereka tidak mempedulikan lagi aku disitu,
Hhaha tadi itu hanya monolog ku dalam hati, mana mungkin aku
mahu berbicara lama dengan mereka .Ceh lelaki.
Tahun demi tahun aku di madrasah tahun-tahun itulah aku
menahan geram di usik mereka.
Ya mungkin betul, perempuan tapi lagak aku kasar,sudahlah pelajar Madrasah tetapi tak mencerminkan lansung, bagus mereka menegurku tapi cara itu tetap saja salah. Rasulullah tidak mengajar cara berdakwah yang sebegini. Walau aku merasa masih jahil,terlalu jahil. Alhamdulillah aku mudah mempelajari ilmu baru, sirah ,akhlak etc. Ternyata agama islam sangatlah indah!
Dan ya aku tak mengenal apa itu IKHTILAT, seperti yang
digembar gemburkan kini. Cuma aku memang jika aku mahu bising ,
semua dengan kawan sekelasku , perempuan. Aku bukan jenis yang bergaul dengan
lelaki apatah lagi mahu bercakap dengan mereka. Ya ada kaitan juga aku malu sebenarnya .Kalau boleh tak perlu wujud di sekolah, lelaki2-lelaki ini * haha
Pernah satu hari aku selesai menyapu sampah pada hari
bertugas, kebetulan ada seorang lelaki didalam kelas yang berdekatan dengan
suis kipas .Oleh kerana aku terlalu malu. Aku acah2 gaya jari menunjuk ke
kipas, Haha dia tak faham apa yang aku maksudkan. Mungkin dia ingat aku mahu bergaduh entah apa yang dia fikirkan tetapi dia memberi reaksi ,
“ko nak ape sebenarnya?!”
Aku pantang orang menaikkan suara secara tetiba, membalas,
“bukak lah kipas!”
Dia kemudian tersenyum
“Oh kipas ,ingat mende .Lain kali beritahu biar jelas ,takde masalah nak cakap dengan lelaki soal begini Ashfa .
Mungkin nanti kau boleh tanya ukhti yang kau rapat apa maksud ikhtilat " .
Selesai bicaranya, dia terus hilang dari radar . Tak sweet pun heh.
Oh ya nama nya Umair,
Haritu menjadi sesuatu yang aku rasakan kelakar .
Selalu malu tak
bertempat kan kau Manal Ashfa?
Jujurnya aku malu , sangat malu.
Dan sungguh dari itu mengubah suatu persepsi baru, dan aku semakin mencari asbab
mengapa aku perlu memakai "tudung labuh"
To be continued............................
Poyo je haha. *gelak tekup muka
