Saturday, 27 April 2019

Old stuff


Sedang aku melewati satu-persatu,
Aksara memudahkan luahan kaku,
Dialah orangnya ,dia ini dia cebisan baru.
Layaknya mawar yang diselimuti duri baldu.

Mungkinkah benar pencarianku?
Si takdir langit yang bakal menyatu,
Atau sekadar permainan sang seteru?
Tidak pernah senang sehingga dipaku.

Tidak semua berpangkat biasa
Ada juga dalam otaknya 30 mutiara
Tapi tetap saja futur tidak kenal mangsa
Dan sekalinya mereka  gagal kerana jatuh cinta.

Jika bukan dia, tidak patut ku tuju,
Bahkan dalam bait-bait terdahulu,
Cinta tanpa Tuhan adalah penyakit  bahaya.
Jika ikatan menjauh hubungan utuh Pencipta,

Soal dia bukan hanya manusia ,
Bahkan dia mungkin sesuatu dipuja,
Engkau mencintai dia ,ianya isi dunya,
Tuhan itu mengapa kau lenyapkan  alpa?

Kau sedar Dia mengawasi aneka.
Melihat kau melaku amalan tercela.
Tuhan pandang  kasih walau ditakuk hina.
Apa sebab dosa tidak perlu hapus segera?


Pernah aku merasa bait melenyap dosa,
Walhal hamparan sepatutnya  dilaku mulia,
Merayu resah dengan berdoa segala karat noda,
Tangis hangat merayu tepat pada masa ,
Jangan Persia.




“Oit Asy kau buat apa lagi tu? Ha tau dah senyap tu puisi la .Lol kau tak habis-habis puisi .Tak puisi kau doodle .Takpelah asal tak buat benda merepek.”

Aku tersengih, memang selalu diusik rakan-rakanku. Siapa tak kenal Mus’ad Asytar
Budak Tahun Dua dalam bidang TESL , (Teaching English As Second Language) , plus he’s cute tho.

Aku minat berpuisi, banyak melayu dari English. 
Biarlah lagi mudah orang faham. Tujuan aku memang nak selit input penting pembawa mesej keamanan haha.
Taklah ini dakwah sempoi aku ,
“Dakwah guna puisi? Nampak macam lemahnya iman .
Gunalah mulut tu cakap baru orang dapat feel tu”

Actually, bukan tak pernah aku tepis gelodak jiwa ni,sampai bila aku nak menulis . Nak dakwah sikit-sikit ajak benda baik tapi aku tak mampu guna lisan .Low self- esteem kata omputih

But since jadi pelajar TESL ni nak tak nak aku buat okey ja plus kau antara 30 orang pelajar lelaki dalam satu batch, ratio lelaki dan perempuan 4:1 ,kau rasa?

Tak , nak kata malu sangat tu tak lah ada sekali dua aku start bagi tazkirah itu pun kecik dan pendek  mutakhir lagi.
Ya Allah malu bertempatlah sikit kan? heh
Sebab nya juga mungkin ini antara kelebihan aku, moga tidak menjadi istidraj dengan secebis nikmat. 
Penulisan not bad, ramai sokong dan menunggu puisi fresh setiap minggu. 
Mohon kagum dari jauh
*okey stop nanti ko riak hati.lul
Kini aku dah ada group sendiri yang melampiaskan idea bersama
Syok jugak ,even ada orang kata aku macam orang perempuan bergroup bagai buat puisi dan doodle
Lah ingat dorang je ke nak berukhwah, kami blood brother okeng.
Oh ye kau nak citer pasal apa? Cinta?
Asal sangat generasi Y ni perak sangat dengan kecintaan penuh duri dan kaca ewah,
*pronounce as peghak

Start aq masuk sekolah menengah sampai ke hari ini meletus punya teruk tahap cinta.
Aiwah itu je ke matlamat awak hidup?

Haha cakap pasal cinta.....ah nanti la aku sambung.

Yes I am not normal

I always end up doing nothing.
Looking at the sky and wonder
Why? How?


I hate this feeling of losing nothing.


Isn’t it weird?
It seems like the heavy brick laid on your chest,
Uncertain emotion that chained my mind.


Isn’t it weird?
I’m not sinking but still drowning,
Looking at the straight road but I can’t feel my legs.
So they refused to move forward?


Isn’t it weird?
Am I the permanent culprit?
 A sinner, or the biggest liar?


These loopholes of mine are the biggest fear,
Flawless and imperfect figure.


That’s why I’m afraid to approach those souls.
Crying inside while the cold-blooded shattering,
I want to end this hatred.


The same mistakes,
How I wished it’s not repeated all over again,
And find an imperfect figure that willing to change.


So we will work together and built jubilant under the rain,
Colors of life.


Tuesday, 9 February 2016

Rasa

Berbunga pulak tengok notifications.
Apa entah fikir padahal die like die like lah bukan ada maksud benda.
Mereka nak komen mereka komen lah,kadang sesaje.
Tapi hati macam2 andaian, atleast hope ada la sikit yang serius hahaha.

Betullah kalau susah jaga pandangan,hati
tiap hari kau akan bercinta dengan berbeza jasad.
Admit aku tak terkecuali,
dan aku mudah suka tapi bukan cinta. Iyelah kan

Once again ,
Feeling tu lebih kepada suka yang orang kata fitrah tapi sebenarnya,
seton yang acah2 buat dia nampak fitrah padahal nak masuk area fitnah.

Payah betul rasa gini, payah.

Takde tips dan nasihat,sebab aku pun sedang mencuba.
Kuatlah.
Hidup jadi huru-hara bila tak hadirkan Tuhan sekali,
Rapuh serapuh jalan yang aku tengah lalui.

Rabak serabak jiwa yang semakin kelam,
Tiada siapa minta tiada siapa rela
Cuma tiada siapa juga boleh salahkan dunia atau sesiapa.

Salahkan diri sendiri, kerana hanya diri yang tahu sebab yang berlaku refleks dari apa.
Ada masa down, down teruk rasa macam berlari dosa mengejar bergunung jahiliyah lambakkan dan diri?
Lemah nak halang,
Berat nak jauhkan semacam sebati.

Itulah yang berat nanang sekali, dah jadi macam tu.
Cuma refresh balik ayat ni.

Al Hijr ayat 49 – 50

نَبِّئْ عِبَادِي أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمُ ﴿٤٩﴾
وَ أَنَّ عَذَابِي هُوَ الْعَذَابُ الأَلِيمَ ﴿٥٠﴾
Artinya : “Kabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahwa Sesungguhnya Aku-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan bahwa Sesungguhnya azab-Ku adalah azab yang sangat pedih.” (QS. Al Hijr : 49 – 50)

Aku hanya sentuh surface apa yang aku faham, kena banyak talaqi dan tanya lebih arif mengenai asbabun nuzul dari segi makna sebagainya
Tapi secara surface,

Allah itu Maha pengampun,pengampun nya Tuhan tiada siapa boleh bandingkan.Penyayangnya Allah siapa boleh bezakan?
Dosa berlipat ganda dosa tinggi gunung,
Tapi bila kita bertaubat Allah tak kata dosa tu hilang tapi Dia tukarkan dosa sebanyak itu jadi pahala,

Seorang penceramah bebas yang ceritakan dalam salah satu slot beliau.
Betul, rasa teruk rasa macam pengkhianat. 
Allah sentiasa buka ruang untuk kita bertaubat,
Ada Allah beri lebih waktu, tapi tersungkur.
Ada Allah bagi hint, tapi buat-buat tak dapat. Gagal

Gagal dalam hidup.
Allahuakbar,

Bila Allah kata azabnya seksaan itu, memang azablah ia
Jangan rasa azab itu boleh dilengah seperti taubat.

Mencari pahala ini bukan kerja part-time tapi full time.
Redha itu bonus yang wajib dapat.

Kerana bila ada redha Tuhan dipenghujung waktu, syurga itu milikmu.


Sungguh, hidup ini tak lama
Bila kau jatuh bangkit lah meski untuk yang keseribu,
Kerana seribu satu itu tetap wujud.

Yang mengenali atau tidak,doakan .
Doakan semua sentiasa kuat.

Biar menang perang dengan nafsu. 

Oh ya, ada orang kata zaman sekarang penuh dengan doa di line tapi diri tak buat. Deep juga tu.
Tapi jangan condemn itu juga salah satu cara untuk kongsi,
Bagi aku bila baca, terus rasa dalam hati buat kita nak berdoa terus.
Moga menjadi asbab dapat pahala berterusan ye kan.

Doa bukan sejenis hologram atau plastic ke apa
Doa bila kau yakin,seeloknya tadahkan kedua tangan, menghadap qiblat insyaAllah dipermudahkan.

Kita sebenarnya kurang percaya dengan kuasa doa kan?
Kita punyalah minta air penawar itu ini, tapi kita lupa sebenarnya cebisan doa pun Allah boleh terima.

Kena wujud Percaya.


Lari jauh topik hati, emm biarlah.
Tapi ye memang siapa tak nak Cinta.
Cuma jangan hilang Cinta pertama.

Don't know who you are,tak kenal. *Walau berangan siapa.Shuhh fitnah seton.

Jika Allah sempatkan untuk aku terima suatu cinta,

Aku takde yang special,cis nanti tukarla panggilan *booo
I've got many loopholes,sinner but

just wanna say am trying my best.Pray pray pray

Mohon berkenalan lepas halal. Kah



#InniAkhafullah

Wednesday, 11 November 2015

Betulkah saeedah ?


Salam alaik, dah sampai perak.

Cuti yang banyak timbunan esaimen rindu tapi aku belum start membuatnya aduh,
Cadangan untuk mengembara ke banjaran mana2 atau menyelam antartika hatta mengutip teh gunung mungkin perlu di skip sebentar.

Tapi ada rezeki nak gi vacation *weee


relax tengok2 Fb jap tengok menda yang diapdet .

Sekerol - sekerol ternampak 


Tarbiah Sentap ,eh *lambai2


Nak cite pasal TS ni,

Walau ada orang kondem suka tak suka,tapi aku suka.


Cara mereka untuk memberi sengatan sedar untuk ummah yang tenat bagi ku oke ape! , suka sentap2 ni ,bukan selalu pun.Bukan benda teruk pun.


Ye Rasulullah tak pernah menyentapkan ummatnya melalui dakwah baginda.

Tapi kalau lihat sirah,cara Rasulullah yang bersahaja mampu memberi impak maksima dalam diri sahabat2,ummat terdahulu.
Sampai ada yang sudah tidak kisah dengan dunia, harta.

Asalkan mereka bersama Allah dan Rasul.

Cara Rasulullah lembut, tapi sentapkan hati untuk berubah,berhijrah.

Kena faham konsep ,bukannya sentap dari cara mencarut bagai,pukul atau simbah cat merah, oih.


Tapi feedback orang ramai tu .

Tapi tak nafi ye kita tak mampu menyamai cara Rasulullah yang sangat sempurna ,lembut ayatnya indah .Tiada siapa boleh challenge Baginda!


SOLLU ALAN NABIY .



Tapi dapat dilihat krew ts menggunakan ayat yang sesuai dengan pemikiran sekarang
Tak de sampai mencarut pun,tegas ,padat dan mutakhir ja. Huihui


Ni bukan iklan berbayar ke ape ke ye,huhu cuma oke lah nak kata cara dorang tu ,

Yang kurang memang dari manusia yang baik itu dari Allah kan .

Even sentap kejap tapi long lasting dalam hati .Ewah


Oke panjang pulak, berbalik pada

Sekerol-sekerol tadi ternampak post ni ,


"Bila kat kampus hebat buat tajmik, ajak mahasiswa ikut usrah, semangat aktivisme tinggi seolah-olah bersedia menggegar dunia!


Bila kat luar kampus gagah menjulang semangat dakwah, berkelana sini sana jumpa masyatakat, semangat ketokohan bersinar seolah-olah bersedia memimpin dunia!


Tapi bila kat rumah, mak ayah pun tak contact, tak ziarah. Anak isteri pun terabai.


Kau sedar tak kau tertipu dengan diri sendiri. Kau ingat kau pejuang agama yang agung seperti singa. Rupa-rupanya kau sama je macam tikus yang pengecut sebab abaikan keluarga sendiri. Sedangkan merekalah yang paling utama untuk didakwah"



Jujurnya tersentuh , 




Dan teringat dengan kata-kata seorang sahabat,


"Ujian tu tak perlu yang susah teruk baru panggil ujian.

Ujian tu kadang-kadang cukup cukup dari seekor kucing" .


Paham sangat huhu

Beranak dalam loker, bernajis dalam loker,dan aktiviti lain yang sudah menjadi rutin seekor kucing luls. *nightmare


Tapi siyes ,ujian yang boleh dianggap kecil pun kadang kala rasa tak tahan, 

macam mana lah yang lagi gempak.


Qudwah hasanah bukan hanya diambil melalui manusia, 

tapi alam ni sebenarnya banyak mengajar kita.

Mengajar sabar,mengawal marah .


Dan kalau lihat kucing sendiri depa ni sangat mengutamakan darah daging sendiri.

Susah nak cari kucing yang akan menyusukan baby yang bukan babynya, apakah? Haha


Tak maksudnya ,nak ambil sikit pengajaran tu

dari sudut family. 

Sometimes we tend to more concentrate dengan mad'u yang diluar .

Buat memacam program,usrah itu ini .Dakwah pompang pompang dengan senior mahupun junior. Nasihat itu ini hiyargh sepantas kilat bagai.


Tapi kadang kita tak sedar yang kita hanya pandang sebelah mata dekat mereka yang paling hampir .

family , sedara mara sendiri

Walhal mereka lebih layak menjadi pertama untuk dikongsi, masih punya lompong untuk diisi , nasihat? memang susah tak nafi .

Ianya antara beban seorang da'ie 

Dan ada masanya diri sendiri terasa gagal ,

diri sendiri pun teruk, takleh nak bantu family lagi

double teruk .


Alasan belajar jauh dari rumah tak boleh pakai,apa guna IT ?

Apa yang harus dilakukan , rasa teruk sangat.


cara lembut tak leh pakai, cara kasar hanya mengundang menyampah. Betul,


Luluh melihat dari jauh ,yang kecil sudah pandai berkasih

Dua tiga mula berpeleseran ,ibadah lolos
Arahan Mak ayah pun tak nak dengar. 
Tahu darah muda,

Diri ni sendiri pun tak bagus mana,sangat pincang dengan iman yang rapuh .

Kadang kala aku juga jatuh .

Cuma bersyukur kerana Allah mengurniakan kefahaman dalam agama,

Walau dulu,jatuh berluka darah tu banyak kali. 

Tapi Allah tetap terima setiap taubat .

Allah tak dapat terungkap pengasihnya Allah

Tak dapat dijelas dengan kata-kata.

Sebab itu 99 nama Allah hanya sebagai fahaman ,pegangan kita tapi Allah tu nak cerita hebatnya memang tak leh diungkap biasa.


Kerdilnya kita,tapi masih ada yang mahu bongkak.


Nauzubillahi min zalik .

Cuma ingat syarat mati bukan tua.

Tiada yang sempurna aku,engkau atau kalian.

Ya ujian kita semua berbeza cuma rugi cukup rugi,jika keliling kita disalut hasanah

Tapi kita memilih untuk lembah yang kelam.

Li maza? 

Ayat ni menggambarkan semuanya ,sila lihat tafsir .😔


Al-Hadid :16

Ya tidak menyalahkan sepenuh mereka yang memilih lembah kelam,
Kadang nya mereka sendiri konpius ,nak tanya orang segan ,nak ikut orang,orang pun tak tunjuk contoh leklok.
Ya admit, kita sendiri tanpa sedar tak bagi lansung contoh untuk islam.
Banyak cakap macam pahlawan kekunci tapi action takde pun *bi bi bi action kamen

Pengakuan jujur diri sendiri, banyak sangat dosa ,kadang masih lekat jahiliyiah lama.
Tapi cuba kuat,
lawan lah kau kan diciptakan sebaik-baik ciptaan,?

Special nya kite , tahu susah ,dalam masa yang sama seakan berperang dengan diri sendiri.

Sebab diri sendiri pun banyak dosanya,tapi takkan nak biar orang yang kita sayang sama-sama teruk,

Bila bercerita pasal keluarga ni sort of sad things lah jugak

Orang nampak luar je . Dalam medula oblongata dan sel membrane lain sangat.
Ye lah being an oldest sister , even anak kedua kan banyak la benda yang rasa tak boleh go.

Rasa nak maki ,sakit hati tu selalu juga
Macam parasit dalam jiwa yang merayap, tunggu masa nak meleteus tapi dah keluar menyesal.
Aku tak salahkan semua 100% jadi nakal, tak nak dengar kata.
adik-beradik ni lain,
gaduh annoying kejap je satgi hai-hai "Masak la lapar",

Ada 6 orang ni je hidup, payah la asyik gaduh je

Grateful, dah besar ni faham .Gentle faham sangat, even you know you can't hold your words too much and its going to slip everywhere .

But surely marah tanda sayang , dan hingga ke akhir nyawa orang-orang inilah yang kau ingin bersama ke syurga.

Sume cerdik2 cuma nakal je,
Sometimes aku rasa nak balik zaman dulu,

zaman nakal yang aku nak ubah balik.
Tapi itulah realiti hidup, teruskan mengubah yang baru


Indahnya meraikan syurga kita , doa selalu untuk mereka .


Uhibbuhum







Friday, 7 August 2015

World of stories, acah-acah Lesson plan.

Saja conteng-conteng sis payung sat ,
Mus'ad maksudnya orang yang gembira.
First jumpa nama ni saya dah cop okeh untuk nama anak hukhuk saja merepek,
Jika ada ketentuan adalah kan insyaAllah.
Siapa bila dimana, i really doesnt like to interrupt .

Ya Allah yusahhilna ala kulli hal .;D


DIA ALASANNYA

Karya oleh : Mus'ad
Add caption


Tahun 2003 ,
“Ayah nak ambil kakak , Ashfa nak ikut ?
Tanpa banyak soal aku menganggukkan kepala tanda setuju. Sudah sekian lama jika mahu kemana-mana ayah akan mengajakku.

Aku mempunyai  3 orang adik-beradik .Sulung abangku ,aku yang kedua dan terakhir adik lelaki ku yang bongsu. Kami sekeluarga bukanlah golongan berada tapi oleh kerana kedua ibu bapaku bekerja sebagai guru, sedikit sebanyak membuatkan kami hidup selesa. 
Ayah dan ibu mengusahakan sebuah taska ,itupun kerana tiada siapa mahu menjaga kami bertiga ketika mereka keluar bekerja. Alang-alang begitu ,ayah dan ibu meneruskan idea untuk mengusahakan sebuah taska penjagaan kanak-kanak. Sekaligus menolong rakan sekerja mereka .

Hari itu,  dengan tergesa-gesa aku bersiap mahu mengekori ayah . “Tak payah pakai tudung lah ,bukannya keluar kereta” , Getus hati kecilku .
Aku berumur 7 tahun dan ketika itu sesi persekolahan telah masuk bulan kedua. Ayah mahu setiap anaknya mendapat pendidikan agama yang cukup ,bukan kerana mahu lepas tangan tetapi inisiatif ayah dan ibu untuk mendedahkan kami kepada agama sejak dari kecil lagi semasa ketiadaan mereka.

Rasulullah pernah bersabda
 “anak-anak itu ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorak sama ada menjadi yahudi ,nasrani atau majusi.

Mendedahkan agama kepada anak-anak adalah tanggungjawab wajib bagi ibu bapa dalam islam. 
Ya iman itu tidak dapat diwarisi tapi perlunya ada usaha yang diterapkan kepada anak-anak supaya mereka mengenali fitrah kejadian,

“Ha kita sudah sampai” ayah memberitahu sebaik sahaja memberhentikan kereta.
Sepertinya macam pernah dikunjungi . Ah perasaan ku sahaja barangkali.
Kami menunggu kakak pengasuh meletakkan barang didalam kereta , sedang asyik menunggu aku terlihat suatu kelibat yang tidak asing lagi. Baru aku sedar aku dirumahnya.

“Eh tu Haris, apa dia buat kat sini malu nya kalau dia nampak aku tak tutup aurat. Mesti dia bagitahu satu kelas nanti “ Aku gelisah. Mana mungkin aku mahu Haris melihatku dalam keadaan tidak mengenakan hijab. Sekolah agama kot.

“Aku baru darjah satu, bukan dosa pun ,eh tapi ustazah dah tegur ustazah marah,kalau Haris nampak pun mesti dia ejek aku”
Hati aku berperang kecil, antara batil yang mahu menafikan haq. Ah diri aku tak kuat!
Tanpa ragu-ragu aku pura-pura tidur. Biarlah mereka lihat ku dalam keadaan tidur,buat-buat tak tahu saja.

Aku dapat merasakan kehadiran kakak dengan keluarganya,
“Ada Ashfa, sian dia tidur dibelakang” kakak memberitahu ayah.
“BIla pulak dia tidur,saya rasa mulut dia sahaja yang bising masa sampai dirumah kamu” ayah menimbulkan persoalan.

Aku yang sedang pura-pura tidur ,berbicara hati agar tak perlu mereka mempersoalkan keadaanku. Aku harap ayah cepat-cepat memandu keluar dari perkarangan rumah itu. Biarlah Haris sudah nampak pun,mungkin dia akan anggap aku sudah keletihan sehingga tidak sedar tudung dibuka. Hadui dangkalnya aku rasa waktu itu.
Kereta perlahan-lahan menjarak dari kawasan itu, aku merasa lega

Misi aku berjaya Yes!



Kring’ kring loceng berbunyi tanda waktu telah tamat.

Aku menunggu ayah menambilku di luar pagar sekolah ,ada juga rakan-rakan ku yang turut serta .
“Ashfa ,kamu ingat tak ustazah pesan tadi di kelas ‘? Farihah menegurku.
Aku mengangguk.ya harini ustazah berkongsi kisah mengenai aurat lelaki dan wanita. Tersentak juga aku ketika itu,

“Kalau tak pakai tudung masuk neraka.rasanya kamu selalu tak pakai tudung kan keluar’? sesuka hati Farihah berbicara,tidak sayang mulut agaknya.
Merah padam mukaku diterjah begitu, ah dia ingat dia baik laksana malaikat ? *sabar Ashfa

Sejak dari kejadian itu, aku berubah .Aku memakai tudung setiap kali keluar dari rumah. Aku malu mereka melihatku jika terdedah,aku takut ustazah marah.

 Ya kerana manusia.


Perkara itu berlanjutan sehingga aku meneruskan hidup di sekolah menengah. 
Aku diterima masuk ke sebuah sekolah yang sangat disegani kerana telah melahirkan para ilmuwan . Hendak diterima pun perlu ditemu duga ,
Alhamdulillah tak sangka juga aku lulus. Sebuah madrasah.
Pelajar muslimat perlu tudung bulat labuh . Pelajar musliminnya pula berkopiah putih bersih,suasana yang amat damai.

Aku merasa biasa, tudung labuh bersarung lengan bukanlah sesuatu yang asing ,tapi jauh dalam dasar hati aku mempersoal apa sebab aku bertudung adakah sebab aku masih bimbang ustazah menegurku ,atau Farihah menempelak ku semula?

Tahun berganti tahun,

“woi asal kau jalan kengkang eh tomboy ah kau”

“Dah tu ko nak aku jalan catwalk ke doe, lagi teruk!”

Terdiam mereka tidak mempedulikan lagi aku disitu,
Hhaha tadi itu hanya monolog ku dalam hati, mana mungkin aku mahu berbicara lama dengan mereka .Ceh lelaki.

Tahun demi tahun aku di madrasah tahun-tahun itulah aku menahan geram di usik mereka. 
Ya mungkin betul, perempuan tapi lagak aku kasar,sudahlah pelajar Madrasah tetapi tak mencerminkan lansung, bagus mereka menegurku tapi cara itu tetap saja salah. Rasulullah tidak mengajar cara berdakwah yang sebegini. Walau aku merasa masih jahil,terlalu jahil. Alhamdulillah aku mudah mempelajari ilmu baru, sirah ,akhlak etc. Ternyata agama islam sangatlah indah!

Dan ya aku tak mengenal apa itu IKHTILAT, seperti yang digembar gemburkan kini. Cuma aku memang jika aku mahu bising , semua dengan kawan sekelasku , perempuan. Aku bukan jenis yang bergaul dengan lelaki apatah lagi mahu bercakap dengan mereka. Ya ada kaitan juga aku malu sebenarnya .Kalau boleh tak perlu wujud di sekolah, lelaki2-lelaki ini * haha

Pernah satu hari aku selesai menyapu sampah pada hari bertugas, kebetulan ada seorang lelaki didalam kelas yang berdekatan dengan suis kipas .Oleh kerana aku terlalu malu. Aku acah2 gaya jari menunjuk ke kipas, Haha dia tak faham apa yang aku maksudkan. Mungkin dia ingat aku mahu bergaduh entah apa yang dia fikirkan tetapi dia memberi reaksi ,

 “ko nak ape sebenarnya?!”

Aku pantang orang menaikkan suara secara tetiba, membalas,

“bukak lah kipas!”
Dia kemudian tersenyum  

“Oh kipas ,ingat mende .Lain kali beritahu biar jelas ,takde masalah nak cakap dengan lelaki soal begini Ashfa .
Mungkin nanti kau boleh tanya ukhti yang kau rapat apa maksud ikhtilat " .

Selesai bicaranya, dia terus hilang dari radar . Tak sweet pun heh.

Oh ya nama nya Umair,

Haritu menjadi sesuatu  yang aku rasakan kelakar . 
Selalu malu tak bertempat kan kau  Manal Ashfa?


Jujurnya aku malu , sangat malu.
Dan sungguh dari itu mengubah suatu persepsi baru, dan aku semakin mencari asbab 
mengapa aku perlu memakai "tudung labuh"

To be continued............................

Poyo je haha. *gelak tekup muka


Saturday, 30 May 2015

Aku mencintai suami mu , dan kamu. Walidaini .Eheh


"Akhir zaman, Ibu akan melahirkan tuan . Kamu ni la contohnya kalau degil sangat taknak dengar cakap mak dengan ayah"


Ayat yang dah lali saya dengar, kami dengar .
Itu yang ayah selalu ulang bila kitorang buat perangai.
Yep aku admit mase kecik dulu saya dengan siblings terlalu nakal baq hang .
Sampai sekarang still ada sengal2 yang berbaki.
 Cuma bila dah semakin meningkat umur ,paham sendiri .

Ayah. Jarang orang cakap pasal ayah, mak tu dah jenuh nampak .
Saya ada terbaca hadis atau tanda2 kiamat tak silap pasal "anak-anak akan semakin jauh dengan ayah mereka"
Wallahualam tak berapa faham maksudnya.
Tapi fikir sendiri, dan nampaknye we tend to obey more on mother tapi ayah, kurang .
Padahal ayah dengan mak dua2 kena hormat.
Even dalam hadis ibu diutamakan tak bermakna ayah terus diabai, tak tak.

Nak cerita pasal ayah, seorang lelaki yang tak jemu menasihati, mendidik ,menjaga dan 
tak lupa jugak yang menjadikan rotan sebagai bff aku. Setia kot
Bukan setakat rotan, tali pinggang,batang paip,vacum tu sume dah feelin .
Well anak dara bertuah dia .

Tu yang sado sikit ,*mohon kagum dari jauh .

Tapi still kasar tu dari dulu,tak macam perempuan lansung.
Buat hal itu ini, mana tak kene rotannya.

Haha lols, jangan kata ayah kejam atau rotan tu abuse no,
cara ayah didik aku dengan siblings gitu , Rasulullah suruh rotan anak pada sekian2 umur.
takdak salah pun, memang ada rasa marah masa kena rotan atau apa2 denda yang lain.
Tapi saya tak deny yang aku tak patut "kena"
sebab memang layak kena . 
Selalu buat ayah marah, suka menyakat adik .
Bising2 sian ayah ngan mak penat dari sekolah .
Ayah cikgu BI plus guru disiplin kau, tipu ah tak fierce mane leh berpisah .
Dia siap sound bebudak kat sekolah 

"kalau awak buat salah pun kena denda dengan saya, anak-anak saya buat salah apatah lagi"


Tapi apa yang ayah buat, ayah aku atau ayah korang ,semuanya ada unsur mendidik.
Akan membuatkan korang terpikir tindakan tu yang menjadikan kau manusia sekarang.
Tak semua sama cara, tak semua kena rotan cam aku haha, tapi ketegasan tu ada kan.

Ayah memang paling pantang bab agama, solat tu memang kena on time,
yang kena marah tu lah sebab kami masa kekecik suma kena suruh ,solat pun disuruh.
Allah, ingat balik malu nya kat Allah, Didikan agama cukup
Ayah hantar semua anak dia dari pasti ke sekolah agama
tak de siapa sesat methodist mahupun sekolah harian.
Tapi bukanlah harian tu tak leh ,
cuma ianya satu kewajipan bagi ibu bapa untuk mendedahkan agama dari kecil kepada anak-2.

Alhamdulillah, bersyukur .
Banyak benda ayah dengan mak korbankan 
harta,masa,tenaga semata-mata untuk anak-anak, hargailah mereka.

Bila fikir balik, Allahu banyak nya dosa dengan ayah..
Kita selalu fikirkan mak, padahal dosa dengan ayah lagi banyak.
Maafkan anakmu yang culas, banyak sangat hati ayah yang digores tapi dia buat2 sado depan anak2
Dan sado dia main rotan haha.
Ayah tak pernah hukum tanpa sebab, semua yang ayah hukum datang dari salah sendiri.

Ayah jenis tak tunjuk sayang, tapi dia akan angkat anak2 masuk dalam rumah bila tertidur dalam kereta.
Beli coklat merah putih lul *kinderbueno
mase tu tak tahu name mende alah tu

*ada satu hari kantoi pura2 tidur ,ayah kata "ayah taknak angkat korang ,lambat dok dalam keta malam2 ni"
Mencicit lari haha
kecik-kecik je la sekarang nak angkat macam tong drum ja sume.

Ayah selalu juga imamkan kami,sampai terikut2 doa ayah sampai sekarang .
Ayah sangat jaga soal agama, solat tu opkos .
paling rasa nak memberontak masa nak tengok cincan ngan doremon ayah soh tutup TV. 
Selagi semua dalam rumah tak solat,selagi tu jangan tengok TV,
Masa tu huish jahiliyah nye rasa T-T
Strict, even tiap cuti sekolah panjang
adalah buku2 latihan tiap subjek yang ayah beli ,argh nightmare cuti sekolah haha.

"selagi tak habiskan dua chapter,  jangan makan, main game dengan tengok tv"

sampai nagis2 buat math, sebab ayah marah.
Ate dah benda senang pun tak reti lansung aish terok bebenor salah sendiri .
Sifir pun tak hapai huhu .

Ayah jugak ikut jemaah , even ada orang kata yang jemaah macam2 tapi tu sunnah yang nabi sendiri buat . BERDAKWAH
tapi memang ada jemaah sendiri merosakkan pandangan orang lain dengan perangai dan cara ,hmm tolong jaga sunnah tu jangan jadi punah.

Kadang2 ikut mak pergi baca masturat kat rumah kawan ayah, masturat ke mathurat eh, tak ingat amende .
Mase ni sangat lack dalam agama ,even sekolah agama.
Hurmm rugi sungguh rugi jika sekeliling banyak Qudwah hasanah tapi kita tak ikut ,rugi .Alhamdulillah moga dipermudahkan ,bertekad banyak nak tafakkuh fiddin selagi bernyawa ni
ibadat biar pulun.


Dulu ayah selalu banyakkan pengisian, masa lepas maghrib kitorang adik beradik kumpul pastu baca fadhail amal, atau sirah2 nabi ke n then ayah akan ulas.
Tapi sekarang orang tak guna mana fadahail amal sebab banyak hadis doif kan.
Wallahualam tak tahu so taknak cakap lebih .

Selalu jugak makan dalam talam,banyak sunnah yang ayah dah terapkan dalam keluarga kami, Alhamdulillah ,dia tenang bila cerita pasal pengalaman dengan sahabat seperjuangan keluar 40 hari.
Macam2 cer.
Bila buat sesuatu kerana Allah, banyak benda akan dipermudahkan.
Banyak sangat ibrah *pengajaran* dari kisah ayah, cuma masa kecik dulu medula oblongata tak seaktif sekarang kan. so takde fikir mana
dulu tahu main je .

Kalau cerita pasal ayah ni banyak sangat benda ,huhu 
Kisah hidup dia dari kecik dan camne kenal mak tu banyak tak boleh bla,
bila cerita masing2 taknak kalah hehe.

Ayah banyak sangat sakit, boleh kata sekarang ni melibatkan jantung,buah pinggang tiga serangkai tu. Macam-macam penyakit.

Sebab ayah masa muda pernah join bina badan, memang sado ah dulu
tapi kisah ni panjang, ah singkatkan .
Ayah pernah kena masuk besi dalam peha dia, sebab masa angkat berat tu tak makan.  Camne entah pengsan ,bawak sepital semua. Masa tu tak kahwin lagi. Biasalah jiwa muda 

Tapi ayah buat camtu ada sebab gak. Atuk opah dulu orang susah , belajar kat KL duit pun takde nak belanja sume.
So macam2 benda dia cuba untuk yelah taknak nyusahkan atuk carikla keje pape tu yang bersado sadoan tu, hahha
Tapi stoplah sebab ayah kata aurat, Yela cam malek nor tu dia tak teruskan .Wallahualam tak tahu sampai kesudahnya.

Zaman muda dulu ,ayah dikenali sebagai budak mascom yang boleh dikatakan pemes ,
paksu cakap haha .
then sambung belajar obersi, Jepun.
Pernah kerja ngan RTM kat angkasapuri tu, ramai la retis2 dulu dengan gaya ala2 macho zaman dahulu ayah cerita zaman kegemilangan =-=
Tak, tiada unsur riya' dengan ayah sendiri
hanya salute.
but betul lah tu, your dad is your own superhero even banyak kena marah je T-T *salah sendiri

Ada master sebelum kahwin ngan mak tak silap, MBA . Bab2 bisnes ni tapi end up jadi guru bi . Tak pernah tanya pulak kenapa amik cikgu ,ke tak ingat ayah cakap ape hohoh
Tapi ayah definisikan dengan kamus sendiri as "Married But Available" that is MBA
orang gelak je ,


Tapi ayah dari dulu banyak penyakit. Kadang2 bila kol mak,mak kata ayah kat hospital .
Ayah banyak sakit ,ada kaitan jugak kot dengan banyak pikir dan  anaknya yang bising2 kat rumah huhu 
darah tinggi naik la sebab anak2nya nakal sangat. *maafkan anak2 mu

Nak dijadikan asbab ada satu masa , waktu tu bulan Ramadan tahun 2013
saya dikejutkan dengan berita ayah disahkan half paralyzed , strok la bahasa mudah tapi sebelah je.
Balik dari asrama, *life memang asrama*
sampai je  kat rumah opah ,masa tu hanya Allah yang tahu sedih nak pecah jantung tengok ayah camtu. 
Takleh gerak sebab strok lumpuh dan language disorder .
Lagi luluh hati, sebab ayah tak kenal .
Ayah cakap "kamu siapa,aku ada anak perempuan"?
Allahu, menagis sebab tengok ayah sakit 
dan menangis sebab ayah tak kenal saya, masa tu dok fikir mungkin ini balasan sebab nakal,tak dengar cakap ayah masa kekecik dan sehingga itu.

I jenis sado depan tapi hati sangat lycra, ceh lembut .Alhamdulillah mampu menangis tu nikmat , rasa Allah dekat.
Masa tu terkejut ,tak sangka ayah sakit. Tapi sepatutnya tak leh lah refuse qada' dan qadar ,Allah kata kun fayakun maka jadilah!

Whole time, menangis. Amik yassin baca depan ayah, menangis. Dah terfikir tentang kalau Allah ambil dia waktu tu, tapi tak pernah lupa yang bukan umur,sakitnya kita adalah syarat wajib untuk merasa mati. 
Sungguh tak lupa tu.
Masa form5 tu kira Alhamdulillah tarbiyah agama semakin mengalir, mula faham dengan tujuan hidup ni. 
Allah tak pernah tinggalkan hamba yang memerlukan Dia, takkan .

Alhamdulillah makin lama,semakin okey dah ayah , first stage strok memang akan ada language disorder dan brain yang belum mampu mengingat sebab ada clot semua tu.

Dia ingat dah semua,dan paling tabik bila solat ayah tak lupa.
Dia pulak marah kitorang tak amikkan wudu' untuk dia even masa tu tak masuk lagi waktu .
Guna spray wudu' tu kadang2 tak sengaja tersembur kuat2 haha xD

Tapi kena faham satu, macam mana adab kita dengan pesakit,Yes emosi mereka tak stabil dengan ujian bertalu tu.
kita yang mampu ni fahamilah mereka.
Ada masa dia nak marah ,dia marah 
Menangis selalu bila tengok ayah, itu ujian diri nya. Ujian kita kena jadi anak yang terbaik.

Even admit yang kita tak baik mana, masih terlalu banyak kepincangan tapi Allah tak pernah kata takdak ruang untuk mereka yang membuat dosa.

Banyak mana pun dosa,setimbun mana pun dosa tapi bila bertaubat,
Allah tak kata dosa tu hilang
tapi Dia tukar terus dosa tadi dengan pahala.
masyaAllah maha pengasih dan pemurah . *berair mata

Aku tak kata aku seorang penyabar, ada masa terlepas juga kata2 .
Allah, sebab ayah pun jenis degil hemhem cikgu disiplin ni
taknak makan ubat ,lah taknak fisio mana orang tak marah.
Tapi setiap termarah,tertinggi sikit suara, terus minta maaf. Rasa berdosa gila
Sudahnya ayah nagis aku pun nagis T-T.


Mak selalu nasihat, biar ikhlas dalam setiap perkara. Allah pandang setiap perbuatan lagi2 orang yang kalian jaga dengan kasih sayang, ayah atau ibu sendiri.
Banyak pahalanya.
Moga Allah jauhkan sifat riya' dan takabbur yang boleh merosakkan amal ibadat
moga ikhlas hendaknya ewah karangan .

Mak ,insan paling gue kagum, sabar sangat dan setia melayan ayah.
Panjang la nak cerita pasal mak
sebab ini pasal ayah heheh lain kali loh ;3

Moga kita semua kuat untuk tempuh ujian Allah,
 nasihat untuk diri sendiri dan yang lain. Jangan berkira dengan ibu bapa.
Mak ayah suruh buat, buat jangan malas2 even aku pun tak rajin mana.
tapi Wallahi ,kau dah matang kau dah baligh kau pikir lah sebetulnya dengan akal yang Allah bagi.
Mereka pinjaman,sampai masa Allah ambil kembali. 
Hidup kita sendiri juga pinjaman.

Syukur, hargailah.
Buruk,salah pada setiap ayah dengan mak tu tetap ada, manusia kan .
Tapi ingat setiap manusia tiada sempurna. Tapi bukan "pendosa" tau,
kau tak employed untuk jadi pendosa tapi sebagai manusia berfitrah yang tak lari dari dosa,faham?

Still, Allah tak pernah jemu dengar rintihan kita.


Kerja sebagai anak, jadi soleh dan solehah asbab mereka diringankan siksa.

Mak ,Ayah maafkan anakmu yang culas.
Ye banyak dosa pada insan bergelar "walidaini"
Kami tak mampu balas tiap detik waktu dan wang yang kalian korbankan untuk setiapa anak.
cuma satu, moga Allah permudahkan tiap urusan
dan menyayangi kalian sebagaimana kalian menyayangi kami sewaktu kecil.

Buka Quran, (surah Al-Isra' : 24)


Nak cerita banyak sangat kenangan dengan mak dan ayah,kadang buat nagis atau tergelak sensorang sungguh banyak.
Dengan kenakalan saya dan siblings yang over 
mak marah mulut je tapi up sikit pulas kat perut haha bekas kau. Tapi mak boleh main2 kompromi ,mak akan lepas.
Tapi kalau ayah terus kena ,feww
*jerit je lebih belum lagi rotan tak sampai lagi



Takut tak ingat kenangan tu, banyak benda yang dicoret dalam note herher
Tapi ingat kau ada sejadah dan lantai untuk sujud .
Allah pendengar setia. 
Cuma bagi aku sendiri ,cerita mengenai cerita sendiri sebagai pengajaran untuk diri sendiri
dan kalau ye pun ada orang terbaca *batukkecil 
moga ada manfaatnya :D

Tapi most of the pharagraph aku bodek ayah haha ,tapi memang itu realitinya 

Ayah nanti balik kita buat piza! InsyaAllah 
Moga Allah mudahkan perjalanan tiap hamba bergelar ibu bapa
dan jika tertulis di luh mahfuz, izinnya kita juga akan bergelar ibu dan bapa.
Acukan yang terbaik sekarang, moga zuriat juga soleh dan solehah.

Even pernah tanya mak, mak masa kecil tak nakal macam kitorang tapi kenapa anak2nya masyaAllah. Ehh
Ujian tu,
Tapi mak ayah kuat ,Allah tahu sebab itu Dia uji. 

Selagi mak ayah masih ada ni berbaktilah sayanglah .

Moga Allah panjangkan umur mereka untuk terus beribadah .
Dan disamping menjadi penguat anak-anak serta cucu mereka ,eheh
*makannasibujang



<3

Selalu sangat order piza nye ,sampai abam piza dah kenal jalan rumah.
Jangan sampai kenal anaknya sudah ehh jangan.
*lower your gaze plis


Maaf jika ad khilaf dan,
Sila baca mengikut mode bahasa anda sendiri :p

Wednesday, 15 April 2015

Luah ke?

Blog bukan luahan, Tuhan yang perlu jadi hamparan

 cuma, mungkin sesetengah mereka jadi begini bila takdak orang yang boleh percaya .
actually ada, tapi mungkin memang takde mood nak bagitau . Macam tetiba pulak Eheh

Alhamdulillah along the journey yang pelbagai duri dan sampah sarap plastik gula2 daim 
jasad itu masih mampu berdiri .
Dugaan yang datang satu persatu macam meteor buatkan hati batu tu cair macam sodium bikarbonat ,ceh.

Baru-baru ni aku dan mereka menerima kunjungan ,
bukan kunjungan la lebih kepada menjemput kot seseorang yang memberi suntikan kepada ummah ,moga usaha dia diberkati 
Lillahitaala .
Ha aritu aku dan mereka melalui fasa2 perubahan ,program rohani yang cliche nye orang akan cakap pasal hijrah dan pengorbanan.
Cliche2 itu lah yang selalu diabaikan , sedih dengan diri sendiri .

Cara penyampaian bersahaja oleh manusia berconverse itu, banyak jugak input dan analogi yang diterima baik oleh sereblum dan medula oblongata 
syukur jika sedar,

tanda masih punya iman.

Aku suka slot Hubb ,iaitu cinta cinta pada siapa?

bagaimana tangga menuju Jannah itu dapat terbentuk melalui cinta?

dengan terms yang mudah seperti HaKhaDa,

Hamba, Khalifah dan daie

amende pulok ?

malas terang pepanjang , takut menyeleweng pulak huhhh

Hamba ,siapa hamba? 
kita ni hamba pada siapa?

Allah , Dia yang mencipta bila kita menjaga hubungan dengannya 
beribadat semua diambil kira dan segala yang Dia reda,

tangga untuk membentuk jalan syurga itu akan ke next level .

Berkaitan Khalifah pula ,hubungan antara manusia huhu
ni yang aku nak sentuh ni
isu sensitip betul .

mengaku lah ,mesti banyak dosa dengan manusia kan, aku tak nafi dan tak admit
kira tengah2 la
tapi yang pastinya banyak gak cis
*ayat keling

erghh tak kisahlah sekarang ni hubungan dengan manusia .
ghibah? tipu kalau tak pernah buat
ghibah tu buat ketupat, tahu dok?

mengumpat ,
I bet for sure tak dak siapa yang pernah lepaih hampa toksah tipu

berkisah pasal manusia, hanya Tuhan yang tahu
tak semua macam yang kita expect,
kita takkan tahu hati mereka walau luaran tergambar kerana Allah je tahu keseluruhan/
ada masa kau akan rasa annoying dan nak tumbuk2 lembut je atau,

kau akan terasa dengan kata2 mereka yang keluar tu,
 ye aku rasa dan aku cuba sabar.

Tapi itu tak cukup bila kita tinggalkan reda .

Beza sangat sabar dengan reda tu huhu takpe laen kali aku ulaskan.
Entah, sebab sekarang memang aku rasa perubahan diri, bukan macam dulu
tapi hubungan manusia ada kalanya terbabas!

macam mana nak naik next step ;"(
senang kata mereka manusia kita juga tak terlepas dari dosa .

tapi ingat masing2 ada peranan,
 jangan rasa sebab kau memang tak tahu jaga hati orang lain,
kau langgar semua bende
 .
Fahami mereka, tak faham pun takpe tapi point dia mesti faham cara yang dianjurkan islam ,
cemana nak handle dengan manusia
apa adab dan sebagainya 

jaga,jaga,jaga

dan last nya daie, iaitu amal kebaikan dan segala sifat mahmudah
Kita ni daie dan mad'u 
mesti sedia ditarbiyah dan mertarbiyah .

Jadi muslih dan muslihah 
mebuat sesuatu kebaikan dalam masa yang sama ajak mereka lain turut serta.

sebenarnya taktahu  apa yang dok taip ni, memang macam luahan kut huhuhh


Tapi jujur, kita tak perlu keseronokn dunia jika ada sahabat yang membuatkan kita sentiasa ingat Pencipta,
sebab dekat dengan mereka pun dah beshh rasa kemanisan iman bila disandarkan kerana Allah semata-mata persahabatn itu .

Akhir kata semoga sentiasa berbaik sangka *husnudzon dengan makhluk dan lebih utama kepada Pencipta,

Dia tahu apa yang terbaik.

Rabbuna yusahhilna


@El_Fatiyha

[11:24] [15:4:15]