Tuesday, 20 January 2015

Layak kah seorang "aku"?


Hari,hari yang dilalui ternyata kelam
banyak-2 perkara berlaku kadang susah disimpulkan.

Antara aku,kau dan kamu

hatta mereka adalah pendosa,
Kita manusia , remember?
manfaatkan masa membaharu sebelum tiada.

*sigh,long one
Pandangan Allah tak sama dengan manusia. Dihadapan manusia kita seperti emas
sikap digemari,disantuni

Tapi pada Allah mungkin kita hanya seperti tanah-2,kotoran yang melekat pada emas itu.
Tapi sesetengah kita lupa , terutama diri sendiri , orang lain aku tak tahu.
Kita rasa kita bagus,perasan lulus padahal ibadah mana tahu Dia terima atau hangus?

Lupa aib dipelihara,lupa aib dijaga .Allah tutup aib kita weh
Thats why depan orang kita nampak smooth ja padahal keburukan tu ?


Cuma aku rasa teruk, kenapa aku macam ni .Allah terima ke tak taubat kita?

Wallahualam ,husnudzhon pada Dia dan perlunya usaha!
Pernah rasa resah bila berjauhan dengan gadget dan teknologi?

tanda masih ada rasa cinta pada dunia ,belum lagi layak menjadi hamba yang mendamba syurga
masih ada KELAYAKAN KAH AKU?

Allah, aku sering terfikir-2 keadaan alam sana,bagaimana pula saat di mizan?

Apakah sebahagia kini.

tak layak untuk penghargaan manusia,  akan musnah istilah kebebasan!

Biar aq coretkan disini,

Bagaimana kehidupan yang aku tempuh sedikit sebanyak memberi erti baharu

Alhamdulillah aku lahir dalam keadaan beragama,itu yang selalu aku syukurkan cuma hanya sekadar itu tak menjamin penghujungnya bahagia.

dan aku tahu mujahadah aku tak se-hardcore mereka yang jahil dalam keadaan tanpa ada satu pun qudwah,

bagaiman mereka yang mahu berubah dicemuh,dihina ya aku masih belum rasa sehebat itu
cuma perlian kecil tu adalah

"tak panas ke pakai labuh-2"
sekadar itu tapi aku yakin mereka lagi payah, mujahadah memang payah. Tak nafi

Bila kau rasa nak berubah ,slow2 biar konsisten agar kau istiqomah
dan tahu kau buat bukan kerana makhluk tapi Allah.

Sedih , bila mereka yang menuju proses itu takdapat sokongan.

Ternyata yang melemahkan muslim itu dari kalangan muslim juga.
Aku rasa teruk ,usaha aku tak seperit yang dilalu para assahabiyah, Rasulullah lagi keji dicemuh

tapi baginda tenang tanpa rasa jemu.

ye, kita tak boleh mengalah, sepatutnya tak perlu dikesah mereka
tiada erti ,tiada guna pun buat mereka

kalau rasa payah nak berubah ,step by step. Dan berdamping lebih dengan mereka yang alim
yang buat kau lebih dekat pada Allah.

mereka yang selain tu jangan pula dipulaukan,semakin kita mampu stabil diri cuba
memberi erti
kepada insani
biar mereka juga merasa kebahagian selepas mendapat kemanisan.

manfaatkan persekitaran sekeliling, ada pentingnya juga.
Tapi terletak pada Pencipta

Hatta kita sebuk memberi nasihat atau mengajak, jangan lupa keizinan itu pada Dia
Jika Dia izinkan, insyaAllah dengan mudah saja kebaikan itu diterima kan?

kita daie dan mad'u setiap dari kita perlu sedia mentarbiyah dan ditarbiah.

Even memang background kau dari awal punyalah pious-2
ayah dengan mak ustaz, ustazah misalnya belum pasti kita begitu.

Benarlah, iman itu tidak dapat diwarisi. Tapi rugi cukup rugi jika kau punyai sekeliling Qudwah hasanah,

tapi kau lebih memilih untuk jalan mazmumah. Rugi

Even sekarang kau bertudung litup, ridha' sering dibahu tak mustahil akhirnya kau tak seperti itu?
Mungkin lagi jahil dari dulu,

نعوذ بالله من ذلك

"kenapa weh"?

Hati milik Allah, fragile
berubah ubah,
 kalau tak usaha untuk tetapkan parah.

Doakan terus pada Pemilik hati moga kau sentiasa atas jalan Ilahi,

Aku terasa gagal untuk menjadi seorang hamba yang melaksanakan perintah Dia.

All blanded . Hambar

Tak kuat,sungguh tak kuat . Kerana Dia masih menutup aibku walhal kebenaran nya memalukan

manusia oh manusia sedarlah hakikat sekali lagi , Aib itu dalam jagaan Dia

sampai bila kita nak terus dalam noda, hatta lumpur dan selut selepas banjir juga mampu dibersihkan walau mengambil masa,

lakukan sebegitu rupa pada dosa. Kita mungkin tak mampu menyah-kan sekaligus tapi kita boleh reduce

kurangkan dosa

Moga terhindar dari sifat riya' takabbur yang dapat merosakkan amalan. Kadang-2 aku sendiri tak pasti perasaan apa yang aku rasa bila diuji dengan manusia

dalam fikiran,pandangan mereka kau hanya baik-2 padahal kau sendiri tahu ada suatu kuasa yang menjaga.

Khilaf. Sungguh tak dapat diungkap kan

berdosa memikirkan diri ini yang menjadi asbab seluruh tubuh diseksa, fikirkan mereka pinjaman Allah.
Atas kuasa Dia semua pancaindera dapat digerakkan, tapi bergantung pada kita menentukan

jalan neraka apa syurga? tak rasa bersalah ke sebab kita salah pilih jalan

akhirat nanti mata,tangan dan sebagainya diseksa sebab kesalahan kita di dunia

tak tahu apa motif entry ni sobsob T^T

cuma aku rasa teruk bila pikir-2kan baru 19 tahun, hanya tapak-tapak kecil dibumi Allah
tak tahu sampai bila umur itu akan berganjak ,

bukannya lama hidup ini,

 kita adalah ummat di penghujung dunia, Allahu moga dipermudahkan urusan sini dan di sana

Doa untuk dihindarkan penyakit hati

be a worrior not a worrier
but not a kibod worier.

kau tahu bukan semua mampu berdakwah secara berhadapan, payah lagi-2 orang yang dekat kita kan?

rasa lebih teruk macam tu :'( jadi lakukan usaha lain. Aku judge diri sendiri ,bagi orang lain itu terserah.

selagi aku mampu aku lakukan, hindarkan dari omong kosong jangan jadi seorang pendusta.

islam bukan "aku baik baru aku ajak kau jadi baik",but it will be like "aku ajak kau jadi baik, dalam masa yang sama kita jadi baik together gether ok" huhu

moga Allah reda , Rabbuna yusahhilna


 cukuplah  *cakap sesorang . Eheh


[9:28][20:1:2015]

@El_Fatiyha














Saturday, 17 January 2015

Al-Quran lusuh itu menunggu pembaca yang setia membeleknya

Salam Alaik , kaifa Haluk *senyum

Eh cam dah lama sangat tak bukak,
I bet takde pendatang asing pun kat sini haha

Well-2 nak story sikit even takdak siapa pun bace .Eheh


Am started berbelok ni since 2011 ,lama jugak tu tapi disebabkan kemalasan dan kemahiran menghias tu takde so terbengkalai jap
berhabuk dah aih, tapi erm erm tak kesah lah asal kau punya last seen dekat "Quran", 

 selalu blue tick 

Betul ke tak? *tercekik roti


berapa kali bace Quran sehari? . Lama sangat ke dengan masa kita buat benda lain?
*garu kepala

Ahah sejam pun tak sampai. Ceit lame sangat ke sejam?

 tapi asal online boleh lelame? Kadang-2 try tanya diri sendiri




Kenapa susah sangat nak bahagi masa dengan Quran.Padahal esaimeng sampai boleh tak tido. Errk
Okay bukan riak lah nak share sikit.
Boleh nak kata since darjah satu dah boleh lancar recite. Alhamdulillah.
Tapi masa dulu aku banyak buang masa,even since darjah satu start dengan Quran, tapi tahu tak khatam umur berapa?

"Enam"

rasanya masuk akal tak lama gila aku amik masa.
masa kecik-2 mak selalu hantar mengaji kat rumah-2 orang,
 dah ramai ustaz ,ustazah aku tempuh, garang la hensem la .Eheh


Lama gila masanya,
masa darjah Enam kot.  Tu pun sebab ada majlis "khatam Quran"
nak taknak bebudak darjah Enam opkos kene abeskan.

Mase tu aku terkial-kial abeskan,sampai hari tu berjalan macam biasa .
proceed ,
start masuk sekolah menengah, aku lulus dalam ujian kelayakan sekolah tu so ditakdirkan Allah ,start la kehidupan kat sana.

Still, aku rasa biasa lagi,tak rasa nak baca Quran sangat.

Tapi tarbiyah kat situ bagus lah juga *dah besar baru rasa bagus kalau tak meroyan je eheh.

Kitorang through orientasi 40 hari without boleh jumpa parents lansung,
bayangkan lah budak-2 hingusan cam kami menagis kekadang sebab rindu mak ayah.


Tapi best ukhwah semakin terbina dan masa tu develop sahsiah,hafaz mathurat,surah-surah pendek
memacam la kami buat.

Alhamdulillah masih ingat tapi banyak sangkut bila tak praktis huhu and still aku dengan Quran biasa-2 lagi, bace sebab ada usrah, baca sebab kena hafal , tasmi' dengan ustaz ustazah je.

Nak dijadikan cerita untill form 3 kat sana, bila PMR keluar keputusan tu kira teruk juga dengan Bahasa Syurga tu boleh pulak dapat D. Series sedih,sebab tak sangka and aku tahu aku kena pindah
Lagipun sebab sekolah jauh dari rumah.

Sedih tak sedih tapi aku tahu hikmah dia banyak *senyum

Okay terus form 4 aku daftar kat satu sekolah ni, SABK .biasa je macam tak pernah tahu pun pernah wujud *pemikiran kejam masa tu
Suasana lain, Pelajar pun sikit je .Ukhwah lagi mantap buat salah semua backup haha even sometimes salah kami xD

Oh panjang pulak..
berbalik pada kisah aku dengan Mukjizat Ma'nawi tu still sama tapi kan aku rasa lain. Keliling kau ramai yang dahagakan ilmu ilahi dan tak jemu memimpin memang aku rasa lain!

sampai pernah aku bermonolg sendiri
"kalau aku tak pindah mesti aku takkan perbaiki perangai-2 dulu"

tak baik kan cakap "kalau",tapi tulah apa yang aku rasa.
Even sekolah tu biasa nak kata takdak apa pun tapi keliling aku sahabat-2 pimpinan syurga .
Even aku selalu kena buli-2 manja ngan dorang haha sampai menagis kot! lol

still, aku tak lupa mereka di sekolah dulu
kat sana pun ada Ibrah cuma bila start kat sini dan kau sendiri dah matang *boleh la
kau akan lebih faham dan start tindakan bijak untuk fikir mana baik buruk.

Eh aku nak cakap pasal Quran ni. Huhu sama macam sekolah dulu,kat sini pun berusrah dan aku sendiri Naqibah haha tapi kelakar lah kalau nak cerita
takpelah sambung ja

Sebelum maghrib baca,ada gap maghrib isyak baca,
just aku belum feel mana tapi aku rasa nak discovery Quran ni
kadang-2 selalu baca makna.

Kau tahu,karya Agung Allah memang best terbaik.

Menagis.
Hati aku kadang-2 terusik dengan bait-2 ayat tu. Aku rasa kehidupan sebagai musafir Dunya baru tapak-tapak kecil

sumbangan Ummah kalau nak cakap apa yang aku dah buat? Tiada

belajar punya belajar sampai sekarang aku dah wujud kat Universiti.
Orang cakap macam-2 ,
pilih kawan bebaik,jangan terpengaruh, dah lali dah aku dengar.

Alhamdulillah takdir Allah aku serumet dengan seorang hamba Allah ni,punyalah jaga solat sunat,baca Quran setiap abes solat. Sahabat terbaik,
even kekadang aku suka buat dia annoying kot la heher

kau tahu aku terusik.
Aku rasa jeles haha aku rasa nak buat benda yang sama,nak lebih dari dia
Aku try slow-2

aku sebenarnya malas tapi entah bila umur semakin meningkat aku mula faham tanggungjawab aku.
Hamba,Anak,Pelajar

dah kerap aku dengan Quran tapi nak kata aku tadabbur mana , tak .

Tapi aku mula baca selalu even aku tak faham
ye lah arab kan *tetiba rindu ustazah ustaz yang ajar

ada usrah kat kampus aku follow. Ada kakak-2 yang bimbing kitorang selalu sama-2 fahamkan certain2 ayat .

Aku rasa mula dekat,aku rasa cinta ,cium peluk Mashaf tu selalu..
Aku tanya diri sendiri kenapa dari kecik aku tak pernah manfaat kan?

Masa meningkat umur ni lah aku mula terkontang-kanting. Aku rindu Dakwah, Aku dahaga Tarbiyah

Syukur .Perjalanan aku penuh berliku,yang aku cerita hanya secebis kalau cerita semua memang bersimpang-siur roller coaster beb!

bila fikir-2 Allah atur hidup aku smooth sekali dari start mampu berfikir,
hingga ke form 3 , diuji pulak aku berjauhan dengan sahabat, Allah ganti mereka yang lebih buat aku ingat Dia
bila dah abes sekolah,

Allah bagi pulak sahabat-2 juga yang buat aku ingat,bertambah cinta, pada Dia.

Quran tu kan macam sahabat kita, dia takkan share rahsia dengan orang yang duduk sekejap lepas tu bla.
Luangkan lebih masa dengan dia,moga mendapat syafaat
rindu baca,sakit baca,marah baca dekatkan dengan Allah
aku harap istiqomah, semua kita bukan bagus mana tapi peluang berubah always ada.

Lagi-2 pulak bila bulan Ramadan tu,berlipat berganda ganjaran,

bila diri penuh AlQuran jiwa bersih hati tenang .

Aku rasa suatu hari nanti atau sekarang , nak cuba lebih faham ,bukan sekadar baca
nak faham sebetulnya and jangan lupa,
hafaz Alkahfi moga terhindar fitnah Dajjal.

Tahu tak satu ayat tu sepuluh pahala wow maha Pemurahnya Allah tu.
Dengar dapat pahala, tengok pun pahala.

baca lagi berganda plus,makhraj,tajwid kena betul baru mantop

aku rasa cam meleret je cerita ni eheh .

But, selagi kita hidup ni even tak tahu bila masa nafas terhenti,
isikanlah masa dengan apa-2 yang buat kita dekat dengan Allah .

Bukan juga sekadar omong kosong,sebar kebaikan kita pun kena selari lah
jangan bising-2 kat orang diri sendiri buat pun tak, berdusta namanya

InsyaAllah moga dipermudahkan urusan
Jaga sikit amarah tu,jangan ikut kata makhluk api dan nafsu, akhir kata

Moga Allah reda ^_^





 [3:49][18:1:2015]
@El_Fatiyha