Saturday, 17 January 2015

Al-Quran lusuh itu menunggu pembaca yang setia membeleknya

Salam Alaik , kaifa Haluk *senyum

Eh cam dah lama sangat tak bukak,
I bet takde pendatang asing pun kat sini haha

Well-2 nak story sikit even takdak siapa pun bace .Eheh


Am started berbelok ni since 2011 ,lama jugak tu tapi disebabkan kemalasan dan kemahiran menghias tu takde so terbengkalai jap
berhabuk dah aih, tapi erm erm tak kesah lah asal kau punya last seen dekat "Quran", 

 selalu blue tick 

Betul ke tak? *tercekik roti


berapa kali bace Quran sehari? . Lama sangat ke dengan masa kita buat benda lain?
*garu kepala

Ahah sejam pun tak sampai. Ceit lame sangat ke sejam?

 tapi asal online boleh lelame? Kadang-2 try tanya diri sendiri




Kenapa susah sangat nak bahagi masa dengan Quran.Padahal esaimeng sampai boleh tak tido. Errk
Okay bukan riak lah nak share sikit.
Boleh nak kata since darjah satu dah boleh lancar recite. Alhamdulillah.
Tapi masa dulu aku banyak buang masa,even since darjah satu start dengan Quran, tapi tahu tak khatam umur berapa?

"Enam"

rasanya masuk akal tak lama gila aku amik masa.
masa kecik-2 mak selalu hantar mengaji kat rumah-2 orang,
 dah ramai ustaz ,ustazah aku tempuh, garang la hensem la .Eheh


Lama gila masanya,
masa darjah Enam kot.  Tu pun sebab ada majlis "khatam Quran"
nak taknak bebudak darjah Enam opkos kene abeskan.

Mase tu aku terkial-kial abeskan,sampai hari tu berjalan macam biasa .
proceed ,
start masuk sekolah menengah, aku lulus dalam ujian kelayakan sekolah tu so ditakdirkan Allah ,start la kehidupan kat sana.

Still, aku rasa biasa lagi,tak rasa nak baca Quran sangat.

Tapi tarbiyah kat situ bagus lah juga *dah besar baru rasa bagus kalau tak meroyan je eheh.

Kitorang through orientasi 40 hari without boleh jumpa parents lansung,
bayangkan lah budak-2 hingusan cam kami menagis kekadang sebab rindu mak ayah.


Tapi best ukhwah semakin terbina dan masa tu develop sahsiah,hafaz mathurat,surah-surah pendek
memacam la kami buat.

Alhamdulillah masih ingat tapi banyak sangkut bila tak praktis huhu and still aku dengan Quran biasa-2 lagi, bace sebab ada usrah, baca sebab kena hafal , tasmi' dengan ustaz ustazah je.

Nak dijadikan cerita untill form 3 kat sana, bila PMR keluar keputusan tu kira teruk juga dengan Bahasa Syurga tu boleh pulak dapat D. Series sedih,sebab tak sangka and aku tahu aku kena pindah
Lagipun sebab sekolah jauh dari rumah.

Sedih tak sedih tapi aku tahu hikmah dia banyak *senyum

Okay terus form 4 aku daftar kat satu sekolah ni, SABK .biasa je macam tak pernah tahu pun pernah wujud *pemikiran kejam masa tu
Suasana lain, Pelajar pun sikit je .Ukhwah lagi mantap buat salah semua backup haha even sometimes salah kami xD

Oh panjang pulak..
berbalik pada kisah aku dengan Mukjizat Ma'nawi tu still sama tapi kan aku rasa lain. Keliling kau ramai yang dahagakan ilmu ilahi dan tak jemu memimpin memang aku rasa lain!

sampai pernah aku bermonolg sendiri
"kalau aku tak pindah mesti aku takkan perbaiki perangai-2 dulu"

tak baik kan cakap "kalau",tapi tulah apa yang aku rasa.
Even sekolah tu biasa nak kata takdak apa pun tapi keliling aku sahabat-2 pimpinan syurga .
Even aku selalu kena buli-2 manja ngan dorang haha sampai menagis kot! lol

still, aku tak lupa mereka di sekolah dulu
kat sana pun ada Ibrah cuma bila start kat sini dan kau sendiri dah matang *boleh la
kau akan lebih faham dan start tindakan bijak untuk fikir mana baik buruk.

Eh aku nak cakap pasal Quran ni. Huhu sama macam sekolah dulu,kat sini pun berusrah dan aku sendiri Naqibah haha tapi kelakar lah kalau nak cerita
takpelah sambung ja

Sebelum maghrib baca,ada gap maghrib isyak baca,
just aku belum feel mana tapi aku rasa nak discovery Quran ni
kadang-2 selalu baca makna.

Kau tahu,karya Agung Allah memang best terbaik.

Menagis.
Hati aku kadang-2 terusik dengan bait-2 ayat tu. Aku rasa kehidupan sebagai musafir Dunya baru tapak-tapak kecil

sumbangan Ummah kalau nak cakap apa yang aku dah buat? Tiada

belajar punya belajar sampai sekarang aku dah wujud kat Universiti.
Orang cakap macam-2 ,
pilih kawan bebaik,jangan terpengaruh, dah lali dah aku dengar.

Alhamdulillah takdir Allah aku serumet dengan seorang hamba Allah ni,punyalah jaga solat sunat,baca Quran setiap abes solat. Sahabat terbaik,
even kekadang aku suka buat dia annoying kot la heher

kau tahu aku terusik.
Aku rasa jeles haha aku rasa nak buat benda yang sama,nak lebih dari dia
Aku try slow-2

aku sebenarnya malas tapi entah bila umur semakin meningkat aku mula faham tanggungjawab aku.
Hamba,Anak,Pelajar

dah kerap aku dengan Quran tapi nak kata aku tadabbur mana , tak .

Tapi aku mula baca selalu even aku tak faham
ye lah arab kan *tetiba rindu ustazah ustaz yang ajar

ada usrah kat kampus aku follow. Ada kakak-2 yang bimbing kitorang selalu sama-2 fahamkan certain2 ayat .

Aku rasa mula dekat,aku rasa cinta ,cium peluk Mashaf tu selalu..
Aku tanya diri sendiri kenapa dari kecik aku tak pernah manfaat kan?

Masa meningkat umur ni lah aku mula terkontang-kanting. Aku rindu Dakwah, Aku dahaga Tarbiyah

Syukur .Perjalanan aku penuh berliku,yang aku cerita hanya secebis kalau cerita semua memang bersimpang-siur roller coaster beb!

bila fikir-2 Allah atur hidup aku smooth sekali dari start mampu berfikir,
hingga ke form 3 , diuji pulak aku berjauhan dengan sahabat, Allah ganti mereka yang lebih buat aku ingat Dia
bila dah abes sekolah,

Allah bagi pulak sahabat-2 juga yang buat aku ingat,bertambah cinta, pada Dia.

Quran tu kan macam sahabat kita, dia takkan share rahsia dengan orang yang duduk sekejap lepas tu bla.
Luangkan lebih masa dengan dia,moga mendapat syafaat
rindu baca,sakit baca,marah baca dekatkan dengan Allah
aku harap istiqomah, semua kita bukan bagus mana tapi peluang berubah always ada.

Lagi-2 pulak bila bulan Ramadan tu,berlipat berganda ganjaran,

bila diri penuh AlQuran jiwa bersih hati tenang .

Aku rasa suatu hari nanti atau sekarang , nak cuba lebih faham ,bukan sekadar baca
nak faham sebetulnya and jangan lupa,
hafaz Alkahfi moga terhindar fitnah Dajjal.

Tahu tak satu ayat tu sepuluh pahala wow maha Pemurahnya Allah tu.
Dengar dapat pahala, tengok pun pahala.

baca lagi berganda plus,makhraj,tajwid kena betul baru mantop

aku rasa cam meleret je cerita ni eheh .

But, selagi kita hidup ni even tak tahu bila masa nafas terhenti,
isikanlah masa dengan apa-2 yang buat kita dekat dengan Allah .

Bukan juga sekadar omong kosong,sebar kebaikan kita pun kena selari lah
jangan bising-2 kat orang diri sendiri buat pun tak, berdusta namanya

InsyaAllah moga dipermudahkan urusan
Jaga sikit amarah tu,jangan ikut kata makhluk api dan nafsu, akhir kata

Moga Allah reda ^_^





 [3:49][18:1:2015]
@El_Fatiyha

No comments:

Post a Comment